
Allah Azza Wa Jalla berfirman;"Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawa engkau solat di malam hari,kurang dari dua sepertiga malam." (Q.S. Al-Muzammil: 20)."Sesungguhnya beribadah pada malam,lebih tepat dalam hati dan lebih lurus bacaannya." (Q.S. Al-Muzammil: 6)"Rusuk(lambung)mereka terjauh dari tempat berbaring." (Q.S. As-Sajdah: 16)"Adakah orang yang taat (patut mengikuti Allah) pada waktu malam...." (Q.S. Az-Azumar: 9)"Dan orang-orang yang pada malam hari bersujud dan solat kepada Tuhannya." (Q.S. Al-Furqan: 54)"Minta tolonglah kamu (kepada Tuhan) dengan kesabaran dan (mengerjakan) solat." (Q.S. Al-Baqarah: 45)Rasulullah saw bersabda:"Sewaktu salah seorang kamu tidur,di pembaringanmu syaitan mengikatkan tiga ikatan.Pada malam yang panjang,hendaklah kamu bangun.Jika telah bangun dan berzikir kepada Allah,maka lepaslah satu ikatan.Jika berwudhuk,lepaslah satu ikatan lagi.Jika kemudian apabila solat,lepaslah satu ikatan lagi.Sehingga apabila kau bangun di waktu pagi dengan penuh semangat dan berjiwa lapang.Jika tidak,maka jiwamu sempit dan malas."
"Demi,jika engkau bersyukur,Aku tambahi kamu." (Q.S. Ibrahim: 7)
WORLD GMT CLOCK
HIJRIAH 1429
Prayer time
"Zuhud"- sifat yang terpuji
"Sering berpuasa dan suka menderma adalah diantara ubat yang mujarab bagi mengawal diri dari menjadi hamba kepada kebendaan dan harta kekayaan"
"Orang yang dapat hidup bersama golongan miskin dan melihat sendiri bagaimana kesusahan mereka,akan mengajarnya lebih jelas erti keinsafan dengan nikmat yang ada pada dirinya"
"Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah dari banyak bersikap sangkaan(yang tidak baik),kerana ada sebahagian sangkaan itu adalah berdosa!" -surah al-Hujarat ayat 12
Ada kata-kata nasihat dari para ulama yang berbunyi:
"Carilah dari saudaramu tujuh puluh sebab dan alasan untuk hindari dari bersangkaan!"
Manusia suka bersangka-sangka!Orang yang rajin disangka menunjuk.
Orang yang tegas disangka marah.
Orang yang pakai baju baru disangka melawa.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud atau hina.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang yang tidak hadir disangka sombong.
Orang yang pindah rumah disangka merajuk!
Orang menolong disangka mengampu!
Orang yang tidak tolong disangka pemalas!
Orang baik disangka buruk!
Orang buruk disangka baik!
Orang senyum disangka mengejek!
Orang masam disangka merajuk!
Orang diam disangka menyendiri!
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya.
-petikan dari buku"APAKAH amalan bagi menjauhkan kesusahan hidup"oleh al ustaz Haji Ahmad Haris Suhaimi(M.A. Syariah,Mesir)
Amalan untuk Masuk Ke Syurga
Dari Abdullah bin Amr r.a. pula katanya : Rasulullah saw
bersabda : "Ada 40 macam amalan dan setinggi-tingginya adalah meminjamkan
kambing untuk diambil susunya. tiada seorang yang mengamalkan dengan satu
perkara daripada 40 macam perkara itu, melainkan Allah Taala akan memasukannya
kedalam syurga."(Riwayat Bukhari)
-kind contribution from my dear sahabat Haji AdibDari Abu Zar, katanya:"saya berkata.Ya Rasulullah,amalan
apakah yang lebih utama?Beliau saw menjawab: "Yaitu beriman kepada Allah dan
berjihad untuk membela agamaNya."saya bertanya lagi ."Hambasahaya manakah yang
lebih utama?"Beliau saw menjawab:"Yaitu yang dipandang terindah bagi pemiliknya
serta yang termahal harganya."
Saya bertanya
pula:"jikalau saya tidak dapat mengerjakan itu yakni berjihat fisabilillah
ataupun memerdekakan hambasahaya yang mahal harganya,maka apakah yang dapat saya
lakukan?"Beliau saw bersabda:"Berilah pertolongan kepada seseorang pekerja atau
engkau mengerjakan sesuatu kepada seseorang yang kurang mahir bekerja.Saya
berkata pula:"Ya Rasulullah,bukankah Tuan telah mengetahui,jikalau saya ini
lemah sekali dalam sebahagian pekerjaan?Beliau saw bersabda:"Tahanlah
keburukamu,jangan sampai mengenai orang banyak,amalan sedemikian itupun
merupakan sedekah daripadamu untuk dirimu sendiri-yakni tidak menganggu orang
lain."(Muttafaqun alaih)
Dari Abu Zar r.a juga bahwasanya Rasulullah saw bersabda:"Setiap
ruas tulang dari seseorang diantara engkau semua itu setiap paginya hendaklah
memberikan sedekahnya,maka setiap setasbih bacaan Subhanallah adalah
sedekah,setiap setahmid bacaan Alhamdulillah adalah sedekah,setiap takbir bacaan
allahu akbar adalah sedekah.memerintah pada kebaikan adalah sedekah,melarang
kemungkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat dicukupi-diimbangi
pahalanya oleh dua rakaat yang seorang itu bersembahyang denganya diwaktu Solat
Dhuha.(Riwayat Muslim)
Dari Abu Zar juga katanya:"Nabi saw bersabda:"Ditunjukkan padaku
amalan-amalan umatku yang baik dan yang buruk.Maka saya mengetahuinya dalam
golongan amalan-amalan yang baik adalah menyingkirkan sesuatu yang berbahaya
dari jalan,sedang dari golongan amalan-amalan yang buruk ialah berdahak yang
dilakukan didalam masjid dan tidak ditanam buang,"(Riwayat
Muslim)
Dari Abu
Zar,bahwasanya orang-orang sama berkata:''Ya Rasulullah,orang-orang kaya raya
sama pergi dengan membawa pahala yang banyak kerana banyak pula amalannya.Meraka
itu bersembahyang sebagaimana kita juga bersembahyang,mereka berpuasa
sebagaimana kita juga berpuasa ,tambahan lagi mereka dapat bersedekah dengan
kelebihan harta-harta mereka.Rasulullah saw bersabda:''Bukankah Allah telah
menjadi untukmu semua sesuatu yang dapat engkau semua gunakan sebagai
sedekah.Sesungguhnya dalam setiap tasbih adalah merupakan sedekah ,memerintahkan
kebaikan juga sedekah,melarang kemungkaran itupun sedekah pulah bahkan dalam
bersetebuh seseorang dari engkau semua itupun sedekah.''Para sahabat
bertanya:''Ya Rasulullah apakah seseorang dari kita yang mendatangi syahwatnya
itu juga memperolehi pahala?''Beliau saw bersabda:''Adakah engkau semua mengerti
bagaimana jikalau syahwat itu diletakkan dalam sesuatu yang haram,adakah orang
itu memperolehi dosa?Maka demikian itu pulalah jikalau ia meletakkan shahwatnya
itu dalam hal yang dihalalkan,iapun memperolehi pahala."(Riwayat Muslim)Dari Jabir ra :"Rasulullah saw bersabda"Tiada seorang muslim pun yang menanam suatu tanaman melainkan apa saja yang dapat dimakan dari hasil tanamannya itu,maka itu adalah sebagai sedekah baginya dan apa sahaja yang tercuri daripadanya itupun sebagai sedekah baginya .Dan tidak pula dikurangi oleh seseorang lain,melainkan itupun sebagai sedekah baginya.:(Riwayat Muslim)
Dari Jabir ra lagi katanya:"Bani Salimah salah satu kabilah kaum Ansar yang terkenal r.a.m-bermaksud hendak berpindah tempat terdekat dengan masjid.Berita itu sampai kepada Rasulullah saw kemudian beliau saw bersabda kepada Bani Salamah itu:"Sesungguhnya saja telah sampai berita kepadaku bahwa kamu semua ingin berpindah ke tempat dekat di masjid?""Mereka menjawab:"Benar ya Rasulullah,kita berkehendak demikian,"Beliau bersabda lagi,"Wahai Bani Salamah,tetaplah dirumah-rumahmu sahaja,akan dicatatlah langkah-langkahmu itu- pahala melangkahkan kaki dari rumah ke masjid itu pasti dicatat sebanyak yang dilangkahkan.Jadi tidak perlu berpindah dekat masjid,tetaplah di rumah-rumahmu itu sahaja,akan dicatatkan langkah-langkahmu itu," (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain disebutkan:"Sesungguhnya dengan setiap langkah itu ada derajatnya sendiri." Imam Bukhari meriwayatkan pula dengan pengertian yang semakna dengan diatas dari riwayat Anas ra.
Susunan:Abu Qusyairi dari petikan Kitab Riadhus
Solihin karangan Imam an-Nawawi rahimahumullahu taala.
Sunday, February 24, 2008
Keutamaan solat malam...
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Sunday, February 24, 2008
Saturday, February 9, 2008
Peristiwa Hari Kiamat-banyakkan bertasbih memuji ALLAH
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Saturday, February 09, 2008
Thursday, February 7, 2008
Keajaiban Al-Quran Diakui Sains & Fakta Ilmu
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Thursday, February 07, 2008
Wednesday, February 6, 2008
Shaykh Sudais Dua Qunut - 21st Night *MUST SEE*
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Wednesday, February 06, 2008
Tuesday, February 5, 2008
Dari Jabir ra katanya Rasulullah saw bersabda:"ALLAH itu apabila engkau ditimpa oleh sesuatu bahaya kemudian engkau berDOA padaNYA supaya bahaya itu dilenyapkan maka pasti ALLAH akan lapangkan bahaya itu daripadamu.Juga jika engkau ditimpa tahun kemarau-bahaya kelaparan lalu engkau berDOA padaNYA maka pasti ALLAH akan menumbuhkan tanaman-tanaman untukmu dan jikalau engkau berada disuatu tanah gersang yang tandus kemudian engkau kehilangan kenderaanmu dan engkau berDOA padaNYA mohon agar diselamatkan maka pasti ALLAH akan kembalikan kenderaan mu itu padamu."
-Riwayat Abu Daud dan Tarmizi-
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Tuesday, February 05, 2008
Dari Ali Abi Talib ra ,Tidakkah satu jiwa yang bernyawa pun melainkan pasti ditentukan oleh ALLAH swt tempatnya sama ada didalam syurga atau neraka melainkan telah ditentukan baginya sama tergolong dalam mereka yang berbahagia atau mereka yang celaka.Seorang lelaki bertanya....Ya Rasulullah adakah kami menyerah sahaja kepada apa yang telah ditentukan dan meninggalkan amalan?Nabi saw bersabda,"Ketahuilah setiap yang telah dipermudahkan itu memperolehi apa yang telah diciptakan untuknya maka orang-orang yang berbahagia telah dipermudahkan untuk melakukan amalan orang-orang yang berbahagia dan adapun orang-orang yang celaka maka dipermudahkan baginya untuk melakukan amalan-amalan orang yang celaka."(Riwayat Bukhari)
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Tuesday, February 05, 2008
Keutamaan tawadhuk dan qanaah
Dirawikan bahawa Nabi saw dengan para sahabat,sedang makan dirumahnya.Tiba-tiba ada seorang pengemis di depan pintu,dan tiba-tiba berubah suasana.Kemudian Rasulullah membawanya duduk diatas pangkuannya dan berkata padanya:"Silakan makan!"Seorang lelaki Quraisy merasa jijik dan amat membencinya,namun orang itu matinya dalam keadaan menjijikkan juga.
Rasulullah saw bersabda:
"Tuhanku mempersilakan aku memilih antara dua perkara: Agar aku jadi hamba tetapi rasul,atau raja tetapi nabi.Aku tidak tahu mana yang mesti kupilih.Kemudian aku memandang kepada Jibril as dan dia berkata:"Bertawadhuklah kepada Tuhanmu".Maka aku berkata:"Jadi hamba tetapi rasul."
ALLAH swt memberikan wahyu kepada Musa as: "Yang AKU terima hanyalah solat orang yang bertawadhuk terhadap keAGUNGan-KU,tidak sombong kepada makhluk-KU dan hatinya selalu takut kepada-KU."
Juga Rasulullah saw bersabda:"Pemurah adalah taqwa,mulia adalah tawadhuk dan yakin adalah kaya."
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Tuesday, February 05, 2008
Melatih diri menahan nafsu dan syahwat
Daripada Luqman Al Hakim,dia berkata kepada puteranya:Janganlah engkau banyak tidur dan makan.Barangsiapa memperbanyak keduanya, pada hari Kiamat dia miskin amal soleh.Ini tersebut dalam kitab `Maniyyatul Mufti`.
Rasullullah saw telah bersabda: Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur.Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air."
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Tuesday, February 05, 2008
ALLAH swt telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa as;
"Wahai Musa,jika engkau ingin Aku lebih dekat kepadamu daripada ucapanmu kepada lisanmu,daripada keraguan hatimu kepada hatimu,daripada rohmu kepada badanmu,daripada cahaya penglihatanmu kepada matamu dan daripada pendengaranmu kepada telingamu,maka perbanyaklah membaca selawat kepada Muhammad saw."
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Tuesday, February 05, 2008
amanat ALLAH
(Q.S. Al Ahzab : 72)
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Tuesday, February 05, 2008
Friday, February 1, 2008
Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar dan tidak berterimakasih kepada TUHANnya,dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cinta kepada harta.Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada didalam kubur, dan dilahirkan apa yang ada didalam dada, sesungguhnya TUHAN mereka pada hari itu MAHA MENGETAHUI keadaan mereka.
(al-AADIYAAT ayat 6-11)
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Friday, February 01, 2008
- "Bertaqwalah kepada ALLAH dimana sahaja kamu berada dan susuli kejahatan itu dengan kebaikan,maka kebaikan itu akan menghapuskan kejahatan dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang mulia" (Riwayat at-Tarmizi)
- Daripada Abu Hurairah ra bahwa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw," Berwasiatlah kepadaku."Baginda saw bersabda ,"Janganlah kamu marah." Lelaki itu mengulangi kata-katanya berulangkali maka Baginda saw tetap bersabda,"Janganlah kamu marah."(Riwayat al-Bukhari)
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Friday, February 01, 2008
Dari Abu Umamah ra katanya,"Saya mendengar Rasulullah saw bersabda,"Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada orang-orang yang membacanya"
-(Riwayat Muslim)
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Friday, February 01, 2008
Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw,beliau bersabda,"Sesungguhnya ALLAH TAALA berfirman,Hai anak Adam,curahkanlah hidupmu untuk beribadah kepadaKU,nescaya AKU akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan AKU hilangkan kefakiran darimu.Akan tetapi jika kamu tidak melakukan seperti itu,nescaya AKU akan memenuhi kedua tanganmu dengan kemiskinan dan AKU tidak akan menghilangkan kefakiran darimu".
-(hadith Qudsi riwayat at-Tirmizi)
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Friday, February 01, 2008
Friday, January 25, 2008
AL-HADITH
RASULULLAH SAW BERSABDA,DIDALAM HADITH QUDSI,"WAJIBLAH KECINTAAN ALLAH ITU KEPADA ORANG-ORANG YG SALING KASIH MENGASIHI KERANA ALLAH,DUDUK-DUDUK BERSAMA KERANA ALLAH,ZIARAH-MENZIARAHI KERANA ALLAH DAN HADIAH-MENGHADIAH KERANA ALLAH.
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Friday, January 25, 2008
Monday, January 21, 2008
AL-HADITH
Di riwayatkan bahawa Nabi saw bersabda``Barangsiapa di sayangi dan dikasihi ALLAH azza wajallah maka dia akan ditahan daripada mendapatkan dunia`` -hadith sahih riwayat imam bukhari
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Monday, January 21, 2008
RENUNGAN.......
Wahai istriku jangan dirimu khuatir........
SESUNGGUHNYA JIHAD MU ADALAH SEWAKTU MENGURUSKAN KELUARGAMU........
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Monday, January 21, 2008
AL-HADITH
Tiga perkara bila ada pada diri seseorang maka akan dapat merasakan manisnya iman,bila ALLAH dan RASUL dicintainya daripada selainnya,
menyintai seseorang kerana ALLAH dan membenci kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka -al-hadith
0
comments
Posted by
penyejukjiwa
at
Monday, January 21, 2008
valley of Arafat
ceramah aahgym
Azabmu Illahi

