'Wahai orang2 yang beriman, jadikanlah sabar & sholat sebagai penolong' (QS. al-Baqarah: 153). Jika cemas, sedih & resah menyelimuti anda, segera bangkit, datang & mengadulah kpd Allah dg menunaikan sholat. Jiwa anda menjadi tenteram, lenyaplah segala keresahan, kesedihan & penderitaan. -Muhamad Agus Syafii-
WORLD GMT CLOCK
HIJRIAH 1429
Prayer time
"Zuhud"- sifat yang terpuji
"Sering berpuasa dan suka menderma adalah diantara ubat yang mujarab bagi mengawal diri dari menjadi hamba kepada kebendaan dan harta kekayaan"
"Orang yang dapat hidup bersama golongan miskin dan melihat sendiri bagaimana kesusahan mereka,akan mengajarnya lebih jelas erti keinsafan dengan nikmat yang ada pada dirinya"
"Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah dari banyak bersikap sangkaan(yang tidak baik),kerana ada sebahagian sangkaan itu adalah berdosa!" -surah al-Hujarat ayat 12
Ada kata-kata nasihat dari para ulama yang berbunyi:
"Carilah dari saudaramu tujuh puluh sebab dan alasan untuk hindari dari bersangkaan!"
Manusia suka bersangka-sangka!Orang yang rajin disangka menunjuk.
Orang yang tegas disangka marah.
Orang yang pakai baju baru disangka melawa.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud atau hina.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang yang tidak hadir disangka sombong.
Orang yang pindah rumah disangka merajuk!
Orang menolong disangka mengampu!
Orang yang tidak tolong disangka pemalas!
Orang baik disangka buruk!
Orang buruk disangka baik!
Orang senyum disangka mengejek!
Orang masam disangka merajuk!
Orang diam disangka menyendiri!
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya.
-petikan dari buku"APAKAH amalan bagi menjauhkan kesusahan hidup"oleh al ustaz Haji Ahmad Haris Suhaimi(M.A. Syariah,Mesir)
Amalan untuk Masuk Ke Syurga
Dari Abdullah bin Amr r.a. pula katanya : Rasulullah saw
bersabda : "Ada 40 macam amalan dan setinggi-tingginya adalah meminjamkan
kambing untuk diambil susunya. tiada seorang yang mengamalkan dengan satu
perkara daripada 40 macam perkara itu, melainkan Allah Taala akan memasukannya
kedalam syurga."(Riwayat Bukhari)
-kind contribution from my dear sahabat Haji AdibDari Abu Zar, katanya:"saya berkata.Ya Rasulullah,amalan
apakah yang lebih utama?Beliau saw menjawab: "Yaitu beriman kepada Allah dan
berjihad untuk membela agamaNya."saya bertanya lagi ."Hambasahaya manakah yang
lebih utama?"Beliau saw menjawab:"Yaitu yang dipandang terindah bagi pemiliknya
serta yang termahal harganya."
Saya bertanya
pula:"jikalau saya tidak dapat mengerjakan itu yakni berjihat fisabilillah
ataupun memerdekakan hambasahaya yang mahal harganya,maka apakah yang dapat saya
lakukan?"Beliau saw bersabda:"Berilah pertolongan kepada seseorang pekerja atau
engkau mengerjakan sesuatu kepada seseorang yang kurang mahir bekerja.Saya
berkata pula:"Ya Rasulullah,bukankah Tuan telah mengetahui,jikalau saya ini
lemah sekali dalam sebahagian pekerjaan?Beliau saw bersabda:"Tahanlah
keburukamu,jangan sampai mengenai orang banyak,amalan sedemikian itupun
merupakan sedekah daripadamu untuk dirimu sendiri-yakni tidak menganggu orang
lain."(Muttafaqun alaih)
Dari Abu Zar r.a juga bahwasanya Rasulullah saw bersabda:"Setiap
ruas tulang dari seseorang diantara engkau semua itu setiap paginya hendaklah
memberikan sedekahnya,maka setiap setasbih bacaan Subhanallah adalah
sedekah,setiap setahmid bacaan Alhamdulillah adalah sedekah,setiap takbir bacaan
allahu akbar adalah sedekah.memerintah pada kebaikan adalah sedekah,melarang
kemungkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat dicukupi-diimbangi
pahalanya oleh dua rakaat yang seorang itu bersembahyang denganya diwaktu Solat
Dhuha.(Riwayat Muslim)
Dari Abu Zar juga katanya:"Nabi saw bersabda:"Ditunjukkan padaku
amalan-amalan umatku yang baik dan yang buruk.Maka saya mengetahuinya dalam
golongan amalan-amalan yang baik adalah menyingkirkan sesuatu yang berbahaya
dari jalan,sedang dari golongan amalan-amalan yang buruk ialah berdahak yang
dilakukan didalam masjid dan tidak ditanam buang,"(Riwayat
Muslim)
Dari Abu
Zar,bahwasanya orang-orang sama berkata:''Ya Rasulullah,orang-orang kaya raya
sama pergi dengan membawa pahala yang banyak kerana banyak pula amalannya.Meraka
itu bersembahyang sebagaimana kita juga bersembahyang,mereka berpuasa
sebagaimana kita juga berpuasa ,tambahan lagi mereka dapat bersedekah dengan
kelebihan harta-harta mereka.Rasulullah saw bersabda:''Bukankah Allah telah
menjadi untukmu semua sesuatu yang dapat engkau semua gunakan sebagai
sedekah.Sesungguhnya dalam setiap tasbih adalah merupakan sedekah ,memerintahkan
kebaikan juga sedekah,melarang kemungkaran itupun sedekah pulah bahkan dalam
bersetebuh seseorang dari engkau semua itupun sedekah.''Para sahabat
bertanya:''Ya Rasulullah apakah seseorang dari kita yang mendatangi syahwatnya
itu juga memperolehi pahala?''Beliau saw bersabda:''Adakah engkau semua mengerti
bagaimana jikalau syahwat itu diletakkan dalam sesuatu yang haram,adakah orang
itu memperolehi dosa?Maka demikian itu pulalah jikalau ia meletakkan shahwatnya
itu dalam hal yang dihalalkan,iapun memperolehi pahala."(Riwayat Muslim)Dari Jabir ra :"Rasulullah saw bersabda"Tiada seorang muslim pun yang menanam suatu tanaman melainkan apa saja yang dapat dimakan dari hasil tanamannya itu,maka itu adalah sebagai sedekah baginya dan apa sahaja yang tercuri daripadanya itupun sebagai sedekah baginya .Dan tidak pula dikurangi oleh seseorang lain,melainkan itupun sebagai sedekah baginya.:(Riwayat Muslim)
Dari Jabir ra lagi katanya:"Bani Salimah salah satu kabilah kaum Ansar yang terkenal r.a.m-bermaksud hendak berpindah tempat terdekat dengan masjid.Berita itu sampai kepada Rasulullah saw kemudian beliau saw bersabda kepada Bani Salamah itu:"Sesungguhnya saja telah sampai berita kepadaku bahwa kamu semua ingin berpindah ke tempat dekat di masjid?""Mereka menjawab:"Benar ya Rasulullah,kita berkehendak demikian,"Beliau bersabda lagi,"Wahai Bani Salamah,tetaplah dirumah-rumahmu sahaja,akan dicatatlah langkah-langkahmu itu- pahala melangkahkan kaki dari rumah ke masjid itu pasti dicatat sebanyak yang dilangkahkan.Jadi tidak perlu berpindah dekat masjid,tetaplah di rumah-rumahmu itu sahaja,akan dicatatkan langkah-langkahmu itu," (Riwayat Muslim)
Dalam riwayat lain disebutkan:"Sesungguhnya dengan setiap langkah itu ada derajatnya sendiri." Imam Bukhari meriwayatkan pula dengan pengertian yang semakna dengan diatas dari riwayat Anas ra.
Susunan:Abu Qusyairi dari petikan Kitab Riadhus
Solihin karangan Imam an-Nawawi rahimahumullahu taala.
Friday, January 28, 2011
Saturday, January 1, 2011
If the heart is sick, the forbidden becomes attractive and obedience of Allah becomes something you look at with contempt - Ibn al-Qayyim
0 comments Posted by penyejukjiwa at Saturday, January 01, 2011
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dam hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Al-Baqarah 2:186)
"Aku sesuai dengan keyakinan hamba-Ku kepada-Ku." (HR Ahmad)
0 comments Posted by penyejukjiwa at Saturday, January 01, 2011
"Maka, dambakan hati dan jiwa kite ke jalan Allah.. Jadikan iman dan taqwa sebagai teras utama untuk dipelihara.. Diri mendekatkan perkara2 kebaikan serta menjauhi perkara2 kemungkaran.. " Amal makruf, nahi mungkar".. Sentiasa berusaha ke arah itu.. ganjaran Allah ni kekal abadi.. Jika kite pinginkan ganjaran Allah, maka berusaha bersungguh2 serta diiringi doa agar ditempatkan di situ pabila ketemu denganNya kelak.. Insya Allah, renungan bersama.."~~dari facebooker Mohd Ashaari
0 comments Posted by penyejukjiwa at Saturday, January 01, 2011
Sunday, October 18, 2009
Apabila semuanya serba tidak kena, dan kita tidak tahu apa lagi yg hendak dibuat,ingatlah..
kita masih boleh bersandar kpd Dia Yang Maha Mengasihi
Apabila hidup dselubungi kegelapan,semuanya silap ,
carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya
Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah,
ingatlah pada Dia yg tidak pernah melukakan hatimu. Dia Yang Maha Adil
Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu,
jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya..
Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi,
carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa
Apabila hidup ini dirasakn seperti beban, segala-galanya goyah,
bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itu adalah iradat-Nya..
Apabila jalan di depan digelapi kelam mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu,
carilah jalan lurus itu dari Dia,yang menjadi satu-satunya panduan hidup
1 comments Posted by penyejukjiwa at Sunday, October 18, 2009
Tuesday, April 22, 2008
0 comments Posted by penyejukjiwa at Tuesday, April 22, 2008
Saturday, March 15, 2008
0 comments Posted by penyejukjiwa at Saturday, March 15, 2008
Friday, March 7, 2008
Sunday, March 2, 2008
0 comments Posted by penyejukjiwa at Sunday, March 02, 2008